Saturday, 21 July 2012

KAYU PILIHAN UTAMA INDUSTRI PEMBUATAN PERABOT TEMPATAN












 NYATOH


Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Spesis utama Sapotaceae dikenali sebagai Palaquium spp. (spesis ringan)
Populasi : Ditemui di kawasan bertanah rendah, paya air tawar,dan paya gambut.
Keterangan Am :
- kayu gubalnya agak jelas. Warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan.
- bertekstur rata dan sedikit kasar.
- keratan rentasnya  halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar.
Ketahanan : Tahan lama
Kegunaan : Paling elok dibuat perabot,kemasan perhiasan,dan kabinet.













SENTANG



Jenis : Kayu keras ringan.
Nama BotaniAzadirachta excelsa daripada keluarga Meliaceae.
Populasi :Ditemui di hutan tanah dan kawasan bukit.
Keterangan Am :
-kayu gubalnya bercorak lebih jelas berbanding teras kayu. Ia berwarna coklat kemerahan.
-ira kayunya berpanca.
Ketahanan : Tidak tahan lama
Kegunaan : Dijadikan kayu panyambung untuk membuat rangka, perabot,  pengadang dan lantai.













KEMBANG SEMANGKOK


Jenis : Kayu keras ringan.
Nama BotaniScaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae.
Populasi : Ditemui secara berselerak di hutan tanah rendah dan kawasan berpaya.
Keterangan Am :
-kayunya dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuning pucat atau coklat merah.
-ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kasar dan tidak rata terbentuk daripada lapisan lebar parankima.
Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Digunakan dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel.
















MELUNAK


Jenis : Kayu keras ringan.
Nama BotaniPentace spp dari spesies keluarga Tiliaceae.
Populasi : Didapati berselerak di tanah rendah dan hutan bukit.
Keterangan Am :
- corak kayu gubal jelas. Teras kayu berwarna coklat bercampur merah dengan sedikit merah jambu atau coklat kemerahan.
- ira rapat dan berpanca.
-tekstur agak halus dan rata.
Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Sesuai untuk  kemasan, perabot, lantai, dan papan lapis.















MERBAU

Jenis : kayu keras berat.
Nama BotaniIntsia palembanicaI. Ia juga dari spesies keluarga Leguminosae.
Populasi : Di kawasan bertanah rendah dan sepanjang sungai.
Keterangan Am : - Corak kayu gubal jelas serta berwarna kuning pucat.           -Teras kayu akan bertukar daripada kekuningan kepada coklat jingga apabila ia berkeadaan segar, bertukar warna lagi kepada coklat disebabkan perubahan cuaca.
- Ira berpanca, tekstur kasar dan tidak rata.
Ketahanan : Tahan lasak
Kegunaan :Menarik dibuat kemasan untuk panel,kabinet, bingkai pintu dan tingkap.


No comments:

Post a Comment